Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Saturday, August 7, 2010

Muqaddimah


~* Muqaddimah *~

AL-QURAN DITURUNKAN DENGAN TUJUH HURUF


Terdapat banyak hadis yang menjelaskan bahawa al-quran itu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dengan 7 huruf.


Antara hadis-hadis sahih yg menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :

Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata : Telah bersabda Rasullullah s.a.w “Jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf,maka aku sentiasa mengulang-ulanginya.aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut .Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”


Dalam hadis yang lain pula ada menjelaskan:

Telah diriwayatkan oleh Muslim daripada Ubai bin Kaab, sesungguhnya ketika Rasulullah s.a.w berada ditempat takungan air kepunyaan Bani Ghafar,baginda telah bersabda :Telah datang Jibril a.s kepadaku dan berkata : Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu supaya kamu membaca al-Quran kepada umatmu dengan 1 huruf (bacaan).Maka baginda menjawab :aku memomohon kepada Allah akan kemaafan dan keampunannya kerana sesungguhnya umat ku tidak mampu melakukan demikian.kemudian Jibril datang kepadaku kali kedua dan berkata; Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu supaya kamu membacakan al-Quran kepada umat kamu dengan 2 huruf. Maka baginda menjawab: Aku memohon kepada Allah akan kemaafan dan keampunannya kerana umatku tidak mampu melakukan demikian. Kemudian Jibril datang kepadaku kali ketiga dan berkata; sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu supaya kamu membacakan al-Quran kepada umat kamu dengan 3 huruf. Maka baginda menjawab: Aku memohon kepada Allah akan kemaafan dan keampunannya kerana umatku tidak mampu melakukan demikian. Kemudian Jibril datang kepadaku untuk kali ke-4 dan berkata; sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu, supaya kamu membacakan al-Quran kepada umat kamu dengan 7 huruf, maka mana-mana satu huruf yang kamu baca daripadanya itu adalah betul.


Sabda Rasullullah S.A.W. bermaksud

“ Sesungguhnya al-Quran ini telah diturunkan atas 7 huruf maka bacalah olehmu mana yang mudah daripadanya”


Imam Ibn al-Jazari telah menjelaskan perselisihan pada baris tanpa berubah makna dan bentuk kalimah yang dimaksudkan dengan 7 huruf itu ialah 7 bacaan yang menjadi perselisihan.

Wajah-wajah yang dimaksudkan itu ialah :


a) Khilaf pada mana-mana mufrad, musanna dan jama’

b) Khilaf dalam menentukan perbuatan dari masa yang lepas, sekarang dan perbuatan menyeluruh

c) Khilaf pada wajah I’rab

d) Khilaf pada menetapkan dan membuangkan

e) Khilaf pada mendahulukan dan mengakhirkan

f) Khilaf pada perkataan iaitu jadikan huruf berubah tempat

g) Khilaf pada loghat.




No comments:

Post a Comment